Henti Hisap Rokok

Terdapat pelbagai cara untuk menangani ketagihan merokok, dan kebanyakkan orang mencuba lebih daripada satu cara sebelum mereka berjaya menangani ketagihan merokok.

Cara-cara ini termasuk berhenti tanpa menggunakkan apa-apa peralatan atau dikenali sebagai “ cold turkey”, terapi alternatif seperti hipnosis dan perubatan tradisi, terapi gantian nikotin dan ubat prekripsi.

Sesi seterusnya kita akan meneliti 3 kaedah yang telah dibukti keberkesanannya dalam mengatasi tabiat merokok, iaitu cara “cold turkey”, terapi gantian nikotin dan ubat prekripsi. Keberkesanan remedi-remedi alternatif masih belum dibukti dan didokumentasi dan penggunaannya tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Ini tidak bermakna cara ini tidak berkesan, tetapi kita harus sedar bahawa tiada kajian klinikal yang kukuh untuk membukti keberkesanan remedi-remedi sedemikian.

Keadah yang dipilih untuk berhenti merokok adalah keputusan peribadi dan anda akan dipengaruhi oleh pendapat-pendapat dari rakan sebaya, ahli-ahli keluarga dan rakan sekerja anda serta informasi-informasi yang dilihat atau dibaca dari media massa. Harus diingati bahawa daripada memilih secara rawak atau membiarkan orang lain memilih untuk kita, lebih baik kita memilih sesuatu terapi yang bersesuaian dengan cara hidup dan tabiat kita, peluang menangani tabiat merokok adalah lebih cerah.

0 Responses

Posting Komentar

abcs